Selasa, 4 Julai 2017

Suzuki RC 100

Model ni susah dapat kat Malaysia, tapi kat Indonesia masih banyak digunakan.  Dikeluarkan pada tahun 1987-1994, model ni terdapat ada 3 variasi, bole tengok kat page 'http://www.motorganteng.com/2014/01/spesifikasi-suzuki-rc-100.html'.


Motor ni berkuasa 100cc, pakai sistem 2 lejang,dan mempunyai 4 gear transmisi. Kalau nak kenal motor ni, bole tengok kat crankcase enjin yang agak berbeza.
Yang ni model rc 100 bravo.
Ni model suzuki rc sprinter.Korang bole tengok sprinter yang ada fearing dan lampu signal yang terasing dari lampu depan.Kalau varian lain dia tercantum memanjang dengan lampu depan(refer gambar).Lampu belakang bagi 3 varian ni hampir sama. Ekzos sprinter dgn 2 lagi varian pun ada beza.
Ni die punya spec.Harga market dalam mudah.my untuk motor ni lebih kurang RM 1+++...

Ahad, 2 Julai 2017

Honda CB 100

Honda mengeluarkan banyak siri Honda CB dan tak kesemuanya dibawa masuk ke Malaysia.CB 100 dikeluarkan sekitar tahun 70-an. Motor ni dikuasakan dengan enjin 4 lejang dan berkapasiti 100 cc.

Motor ini mempunyai 5 gear transmisi dan tayar depan dilengkapi dengan disc brake(untuk version CB 100N).Full tank minyak motor ni 11 liter dan mempunyai clutch tangan. Meter lengkap dengan km/h dan rpm.
Korang boleh tengok kedudukan lubang exhaust dekat blok yang agak tinggi di sebelah kanan. Dekat cover motor ada tulis 'CB 100' yang diperbuat dari 'molded plastic'.Harga motor ni dekat mudah.my dalam lingkungan RM 3.5k. Bole pergi kat laman web http://bluesriders.blogspot.my/2010/03/honda-cb100-blues.html kalau nak tau lebih lanjut tentang motor ni.Brader ni pun ada citer pasal kisah die dengan motor ni,agak sedih jugk laa..


Yamaha RX 100

Kali ni aku nak perkenalkan motor keluaran Yamaha berkapasiti 100cc iaitu RX 100 atau orang selalu panggil RX 'Singgit'(Aku tak tau kenapa tu orang panggil). Motor ni start dikeluarkan tahun 1985-1996. Tank minyak boleh isi lebih kurang 10.5 liter.



Top speed die mencecah 100km/h, dilengkapi 4 gear transmisi dan menggunakan sistem enjin 2 lejang.Lain-lain info  boleh baca dalam gambar yang aku sertakan ni.



Cara nak kenal pasti motor ni, first, korang bole tengok kat cover motor ni, ada emblem besi yang ditulis 'RX 100', lampu belakang petak bersaiz sederhana dan gear lever depan belakang(aku tak tau apa bahasa saintifik,hahaha,busuk lagi aku  main motor ni,banyak kene belajar)
Meter motor ni petak, ada paparan meter km/h dengan paparan penunjuk signal kiri kanan.
Harga motor ni aku tengok kat mudah.my lebih kurang RM 7k,betul ke tak harganya, nanti aku tanya otai. Chau!

Yamaha RS 100



Next, motor yamaha RS 100,dikeluarkan sekitar tahun 1975-2003 dan sudah mempunyai 3 keluaran yang berbeza sepanjang tempoh tersebut. Motor ini berkapasiti 100 cc, enjin 2 lejang, transmisi 4 gear(ada yg kata 5) , boleh mencapai kelajuan 104 km/h dan reka bentuk yang naked.Tank minyak boleh diisi sebanyak 9-11 liter(aku pun tak sure sebab sumber yang aku guna google,aku pun bukan pandai sangat bab2 motor ni,ehek). Aku sendiri konfius nak bezakan semua motor yg 100cc tak kira jenama la, tapi dari pemerhatian aku,ada certain benda yang boleh dijadikan perbandingan.


 Gear lever motor ni jenis single pedal,nak masuk gear kene tekan, nak buang kene songket. Selain itu, korang bole tengok dekat cover motor ni yang cuma tulis '100' sebagai trademark motor ni. 


Ni pula meter RS 100, berbentuk bulat dan cuma tunjuk meter km/h je(member aku kate ada yang siap meter rpm,kalau spec Malaysia tak tahu macam mana). Meter ni melekat dengan tapak ignition key.


Harga market motor ni yang aq usha kat mudah.my sekitar RM 3k(2017).

*cc: google dan otai2 motor sekalian

Yamaha YB 100



First entry ni,aku nak perkenalkan motor Yamaha Yb 100, dikeluarkan sekitar tahun 1976, dengan reka bentuk yang naked, motor ni bole di tukar jadi street cub type. Cara nak mengenal pasti motor ni bole tengok peti rantai yang full cover mcm dlm gambar-gambar berikut. Member aku cakap crankcase enjin takda tulisan YAMAHA, kalau nak kena beli emblem tertulis YAMAHA, tapi mahal la.
Lagi satu, korang bole tengok kat bahagian bawah tank minyak ada air cleaner, bentuknya bulat .Dilengkapi lampu bulat untuk signal dan lampu depan,lampu belakang bersaiz segi empat. Motor ini dikuasakan dengan 100c, jenis 2 stroke, bole mencapai kelajuan top 130 km/h dan dilengkapi 4 gear.Tank minyak bole diisi sebanyak 8.4 liter.Tayar depan belakang standard saiz 18. Harga kalau ditinjau dalam mudah.my sekitar Rm4k-5K.