Ahad, 2 Julai 2017

Yamaha YB 100



First entry ni,aku nak perkenalkan motor Yamaha Yb 100, dikeluarkan sekitar tahun 1976, dengan reka bentuk yang naked, motor ni bole di tukar jadi street cub type. Cara nak mengenal pasti motor ni bole tengok peti rantai yang full cover mcm dlm gambar-gambar berikut. Member aku cakap crankcase enjin takda tulisan YAMAHA, kalau nak kena beli emblem tertulis YAMAHA, tapi mahal la.
Lagi satu, korang bole tengok kat bahagian bawah tank minyak ada air cleaner, bentuknya bulat .Dilengkapi lampu bulat untuk signal dan lampu depan,lampu belakang bersaiz segi empat. Motor ini dikuasakan dengan 100c, jenis 2 stroke, bole mencapai kelajuan top 130 km/h dan dilengkapi 4 gear.Tank minyak bole diisi sebanyak 8.4 liter.Tayar depan belakang standard saiz 18. Harga kalau ditinjau dalam mudah.my sekitar Rm4k-5K.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan