Ahad, 2 Julai 2017

Yamaha RX 100

Kali ni aku nak perkenalkan motor keluaran Yamaha berkapasiti 100cc iaitu RX 100 atau orang selalu panggil RX 'Singgit'(Aku tak tau kenapa tu orang panggil). Motor ni start dikeluarkan tahun 1985-1996. Tank minyak boleh isi lebih kurang 10.5 liter.



Top speed die mencecah 100km/h, dilengkapi 4 gear transmisi dan menggunakan sistem enjin 2 lejang.Lain-lain info  boleh baca dalam gambar yang aku sertakan ni.



Cara nak kenal pasti motor ni, first, korang bole tengok kat cover motor ni, ada emblem besi yang ditulis 'RX 100', lampu belakang petak bersaiz sederhana dan gear lever depan belakang(aku tak tau apa bahasa saintifik,hahaha,busuk lagi aku  main motor ni,banyak kene belajar)
Meter motor ni petak, ada paparan meter km/h dengan paparan penunjuk signal kiri kanan.
Harga motor ni aku tengok kat mudah.my lebih kurang RM 7k,betul ke tak harganya, nanti aku tanya otai. Chau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan